Sunday, November 7, 2010

~same scenes, same casts but different script....~

when the same scenes replay,
when the same casts playing back their own roles but with different script,
she understand now.......
she understand 'it' clearly....
she know what she should do now...
she know what she has to do now...
and to the casts, she said, "THANK YOU!"
fullstop.

terharu,seronok, dan macam2 lagi..

malam kelmarin, tanggal 5 November aku kol kawan rapat aku, or should i say, one of my best friends too?
ok.let me introduce who he is..he is  Ahmad Sauffi Al-Mubarak b. Azman...
at first, niat aku just nak tanya khabar n nak taw sama ada umah die dilanda banjir ke tak?but then the conversation become more interesting...we talk about the differences about boys and girls, men and women or to make it short, gender differences...
and then, we share about dugaan yang menimpa family kami..rupanya, dulu ada orang telah 'mengenakan' parents die..ak lak, cter psl tyme ayah ak operate jantung..akhirnya, kami uat kesimpulan, waktu tuh, memang kite rasa susah sangat dan rasa cam dah tak leh tanggung musibah or dugaan hidup yang Allah timpakan tyme tuh..tapi akhirnya kami berjaya mengharunginya..
yelah, kan Allah ada berfirman yang Dia tak akan menguji hambaNya melebihi daya dan upaya hambaNya untuk mengharunginya...dan lagu yang sedang berkumandang dalam blog nie,( Insyaallah-Maher Zain) sangat2 menyentuh perasaan kami dan kami akan hiba tiap kali dengar lagu nie,lebih2 bler dengar sorang2..sebab apa???sebab lagu nie ada kaitan dengan perasaan kami tyme ujian hidup yang telah Allah ciptakan terhadap kami,beberapa tahun dahulu..biarpun kisahnya tak sama, tapi tanggungjawab yang kami pikul,adalah sama..aku dan die merupakan anak sulung dalam famili masing2...can u imagine what are we gonna to do if our parents are not around anymore???taw tak tanggungjawab kami terhadap famili sangat berat????

dan yang membuatkan aku lebih terharu, rupa-rupanya dia dan sahabat ku, Mohd Arif Hakimi bin Ahmad sangat sangat sangat memahami aku,dorang jumpa 'blind area' of me..(dah masuk teori Johari Windows lak!)..huhu..dorang taw, yang skunk nie aku lebih cepat emo and touching,compare tyme skola dulu...dan dorang taw, aku akan anggap masalah dorang, akan jadi masalah aku wlaupn sebenarnya  tak..sbb tuh, kadang2 dorang,terutama Arif, akn cuba tak share problem dengan aku..alasannya, tak nak susahkan aku!memang lah aku bengang, but bler pkr lek, terharu pn ada...dorang taw apa yang aku rasa, walaupn aku cuba sorokkan..can u  imagine, only from SMS, they can found out my feeling! pendek citer, aku tak leh tipu dorang,tapi dorang takkan paksa aku story n uat donno jer..dorang akan tunggu utk aku cter..thanks ye! tambah mengharukan, Sauffi sanggup menemani aku membaca Yassin dan juga solat hajat jika ayah aku dimasukkan ke wad sekali lagi! terima kasih yang teramat kawan...


Oh ye, aku rasa Sauffi dah banyak berubah, dia pun akui hakikat tuh...dan aku pun begitu..Alhamdulilah..
aku bersyukur aku dah berubah, dari seorang yang ati batu kepada seorang yang agak sensitif..aku mula peka terhadap perasaan orang sekeliling aku dan mula menyayangi insan2 di sisi aku...Alhamdulilah..
dan aku juga sudah ada prinsip hidup aku sendiri..dan InsyaAllah, aku akan pertahankan...aku sedar, tanpa prinsip hidup, orang akan mudah perlekehkan kita dan kita akan hilang harga diri..dan prinsip hidup aku nie disokong oleh Sauffi..malah die hormat ngan orang yang punya prinsip hidup seperti aku..Terima kasih Sauffi!

buat dua insan nie, terima kasih yang tak terhingga! dan ingin aku luahkan di sini, aku, Nur Syamimi Mohd Salim amat menyanyangi kalian, Mohd Arif Hakimi Ahmad dan Ahmad Sauffi Al-Mubarak Azman! semoga kita bertiga akan kekal sebagai kawan karib dunia dan akhirat! Amin.....

Monday, October 25, 2010

Belajar banyak perkara!

Cuti study leave nie aku dah belajar banyak perkara.Sudah tentu bukan berkaitan akademik, tetapi ilmu tentang hidup..Walaupun ianya hal kecil, tapi bagi aku ianya cukup bermakna..Sepanjang cuti nie, aku banyak belajar mengenai kepentingan ikatan kekeluargaan..Biar apa pun yang dah berlaku, keluarga jua lah yang akan setia membantu, terutama ibu ayah dan adik beradik,selagi makna ikatan kekeluargaan itu dihayati..Ibu ayah lah insan yang tak pernah jemu untuk menyokong cita-cita anak2nya,sanggup mengambil cuti dan menghantar anak ke destinasi semata-mata untuk merealisasikan impian anak-anaknya..doa dan restu mereka sentiasa ada di setiap langkah anak-anaknya...

Aku juga belajar bahawa biar tak sesedap mana pun masakan anaknya,iaitu aku..mereka tak pernah komplain..hanya sedikit teguran diberi dengan cara mereka tersendiri..dan baru kini aku rasa sangat gembira pabila dapat menyediakan makanan untuk ibu dan ayah biarpun ianya hanyalah sekadar nasi goreng,sambal sardin dan juga jemput-jemput!ini menguatkan azam aku untuk terus belajar memasak demi mereka!
 
Malam semalam, aku belajar cara-cara menjahit daripada ayah tercinta..biarpun hanyalah asas, tapi aku sangat puas hati..akhirnya, dua helai seluar yang koyak dapat juga dijahit oleh aku, hasil tunjuk ajar ayah!

Aku sangat bangga dengan ayah, sebab beliau bukan saja mahir dalam bab kereta dan bertukang, tapi juga mahir dalam keja2 yang biasanya didominasi wanita seperti memasak, menjahit dan juga menggubah bunga!Ayah juga seorang yang berdarah seni sebab beliau pandai bermain alat muzik seperti gitar, keyboard dan lain2..beliau juga mahir dalam lukisan,malah plan rumah kami untuk direnovate juga dilukis oleh ayah! selain itu, ayah juga mahir dalam pengiraan, bahasa Inggeris dan mudah berkomunikasi dengan sesiapa saja..tapi,entah kenapa aku tak warisi bakat dan kebolehan ayah..hanya adik aku jer yang mewarisi, tapi tak semua..Kata ayah, bukan aku tak mewarisi bakatnya, tapi mungkin aku yang tak mengasah bakat dan kemahiran tersebut..PRACTICES MAKE PERFECT! 

mungkin ayah ingin memujuk atau mungkin itu kenyataannya..bukan ingin meninggi diri, tetapi dulu aku pernah melukis sebuah potret dan hasilnya dipuji guru seni,tapi sungguh lukisan itu mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan! tapi menurut guru dan rakan2,mungkin aku tak punya kemahiran seni seperti ayah, tapi aku punya kemahiran seni melalui cara yang lain seperti mencipta puisi,agak mudah memahami dan menghayati bahasa sastera dan juga menulis novel!MENULIS NOVEL? hurm..dah lama aku tinggalkan hobi nie,sejak masuk alam universiti nie!