Assalammualaikum...
Mungkin pembaca sekalian tidak mengetahui yang saya telah kehilangan satu-satunya atuk yang saya ada. Arwah atuk meninggalkan kami pada 8 Disember tahun lepas. Arwah sakit tiba-tiba, lepas 9 hari dimasukkan ke dalam wad dan hampir seminggu dalam keadaan koma, arwah pergi menyahut seruan Illahi..
Masih saya teringat hari terakhir arwah sebelum meninggal dunia. Jikalau kami semua tahu yang hari itu jam 3.45 petang tanggal 8 Disember 2012 yang arwah akan "pergi" tentu kami akan sentiasa di sisi arwah sehingga ke akhir hayatnya. Pada waktu itu, saya,ibu dan ayah serta makcik pakcik saya semua turun ke bawah untuk solat dan makan memandangkan waktu lawatan sudah tamat. Sedang saya baru hendak menjamah makanan, tak sampai suku pun nasi saya sempat jamah, kami dikejutkan dengan berita arwah atuk sedang nazak. Tanpa berlengah, kami pergi naik ke wad. Tapi, alangkah sedihnya hati kami sebaik tiba di wad, arwah atuk sudah tiada. Saya berusaha untuk tidak menangis. Pada hari itu, saya membantu ibu dan mak ngah dan pak ngah saya menguruskan urusan jenazah arwah atuk. Mujur saya sudah boleh memandu, jadi dalam keadaan sedih,sebak,pilu dan menggigil, saya kuatkan diri memandu kereta bersama ibu saya mengiringi van jenazah ke rumah nenek dan arwah atuk. Allah saja yang tahu bagaimana menggigilnya saya waktu itu. Pada malam itu, kami beramai- ramai membaca Yassin di sisi jenazah. Akhirnya, kami semua, iaitu saya, ibu, adik, achik dan maksu tertidur di sisi jenazah. Peliknya, malam itu saya rasa tidur saya sangat lena. Entah kenapa, saya tidak tahu.
Apa yang saya terkilan hingga ke hari ini, pada hari saya konvokesyen lah arwah atuk koma. Kami tak sempat melawat arwah kerana keletihan dengan majlis konvokensyen pada sebelah petang. Saya terkilan tak dapat menunjukkan gambar konvokesyen tersebut kepada arwah. Namun, sehari sebelum hari konvokesyen, arwah atuk ada menyatakan kegembiraannya apabila ibu memberitahu yang saya akan mendapat segulung ijazah pada keesokan harinya.
Kini, biarpun sudah lebih 100 hari arwah atuk pergi meninggalkan kami, pemergiannya masih terasa. Syawal ini mungkin lebih terasa memandangkan resepi rendang ayam dan daging oleh arwah atuk dan nenek bakal menjadi menu utama hidangan Syawal nanti..
Al-Fatihah untuk arwah atuk saya, Abdullah bin Mohd Isa........
Tuesday, June 4, 2013
Thursday, May 30, 2013
"LINE"
Assalammualaikum readers...
Nothing much to write actually. Just that I feel sooooo HAPPY . Wonder why? No? Never mind, I still tell you. LOL. hehe.. The reason is because since yesterday I start using "Line" application. Actually, I am not someone who really likes into this thing, I mean, using chatting application. I did using this application because of my best friend a.k.a my ex-housemates request, Mrs. Markos or known as Prue. Its so fun. I really like the emoticon of this application. Some of them are too cute and some of them are too hilarious. Really enjoy this emoticon. For "Line" developer, your application really lining up people together. Thank youuuuuu. (^_^)
Tuesday, May 28, 2013
Nak jual tudung Bawal ni,berminat nak beli tak? ^_^
Assalammualaikum semua...
Rindu saya tak?Mestilah TAK. kan?hehehe....
Merujuk kepada tajuk di atas, saya nak jual tudung bawal ni.
Almaklumlah,baru je berkecimpung dalam perniagaan tudung kecil-kecilan dengan adik saya. Jadi kalau pembaca sekalian berminat nak beli dan nak tanya apa saja mengenai tudung-tudung ni, anda boleh berbuat demikian melalui:
1.Follow instagram kami, #beautyhijabstyle.
2.PM kami di no. 013 - 6339984.
Hari ini,saya nak menjual dua jenis tudung bawal.
( 1) Tudung Bawal tribal. Cotton. Bidang 45. RM 12 sehelai. Postage RM 6.
( 2 ) Tudung Bawal bercorak. Bidang 45. RM 14 sehelai. Postage RM 6.
Subscribe to:
Posts (Atom)



