Tuesday, May 31, 2011

fall in love with them!

Hai pembaca sekalian.
Sekarang ni saya dilanda demam korean.
Semuanya gara-gara adik saya.
Dialah yang bertanggungjawab memperkenalkan saya dengan idol groups dari korean seperti MBLAQ, BEAST, 2PM dan lain-lain.
Dalam banyak2 group,saya 'jatuh cinta' dengan group MBLAQ!
Group ini ditubuhkan oleh Rain the talented actor,singer,dancer of Korean.  Sama seperti Bongsun (MC Idol Army Season 5) ideal type saya ialah Yang Seung Ho,
bukan saja sebab rupa tetapi juga disebabkan suara, gemersik gitar,tarian nya terutama 'strong spin air' dan juga senyumnya. 
Dalam 'Idol Army Season 5' dia berubah dari 'Seung Ho yang serius'  menjadi 'Seung Ho yang riang'..
Apapun saya kagum dengan cara mereka (maknae or dongsengs iaitu Thunder dan Mir) menghormati hyungs mereka iaitu Seung Ho, G.O, dan Lee Joon.

 MBLAQ

YANG SEUNG HO
YANG SEUNG HO with his soul twins, G.O.


p/s: sumber gambar dari mr google. =)

Saturday, May 21, 2011

Mereka sudah bergelar isteri orang. =)

Assalammualaikum semua..
Haa post kali nie hanya nak abadikan foto perkahwinan kawan sekolah rendah saya yang dah melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun ni.

Gambar bawah ni adalah foto perkahwinan kawan saya, Farhana Aqila dan suami.
Majlis mereka berlangsung pada awal Januari lepas.

-ihsan daripada farhana sendiri-
Seterusnya, yang bawah ni adalah foto perkahwinan kawan saya yang bernama Hidayah bt Satar dan suami.
Majlis mereka berlangsung pada 15 Mei lepas.
Jadi rasanya belum terlewat lagi kan untuk ucapkan Selamat Pengantin Baru.
Maaf ye tak dapat hadir..
 -ihsan dari facebook-


Jadi,kepada kedua-duanya, saya doakan agar mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat..Amin...



p/s : dengar khabar, ada dua orang lagi kawan sekolah akan kahwin..tapi kawan sekolah menengah pula kali ini. seorang hujung bulan ni dan seorang lagi awal bulan 6. Saya nantikan kad dari kedua-duanya. =)





bila kamu harus memilih..

biar..
biarkan mereka berkata apa saja..
biarkan saja...
dengarkan saja..
kerana mereka punya hak untuk bersuara...
kerana mereka punya hak meluahkan apa yang mereka rasa..
janganlah kamu menafikan hak itu,kerana itu juga adalah hak dirimu...
tetapi, yang memahamimu hanyalah dirimu dan ALLAH YANG MAHA ESA..
justeru, terpulanglah pada kamu..
ya,kamu sendiri yang perlu menentukan bila harus memilih...
mereka memberi kamu pilihan,dan kamu juga punyai pilihan sendiri...
namun,yang harus memilihnya adalah kamu...
bukan mereka.
dengarkan bisikan hatimu..
pertimbangkan dengan akal rasionalmu..
seiringkanlah pilihanmu dengan syariat Islam..
mudah-mudahan pilihanmu adalah yang terbaik dan diberkatiNYA

Friday, May 20, 2011

makan makan dan makan.hahahahaha

semalam merupakan hari yang paling saya banyak makan.
yelah,semalam kan keluar tengok wayang dengan adik.
jadi,sementara nak tunggu giliran nak masuk wayang,kiteorang pun buat keputusan untuk lunch dekat kfc.
kiteorang pun order lah set B lunch.ala,yang burger dengan nugget tuh.
Dah habis tengok wayang dan jalan2 kat jusco,kiteorang pun balik rumah.
Lepas maghrib pulak,pergi makan malam dekat rumah nenek(mak ibu) bersama dengan parents dan adik.
Nenek masak lauk kegemaran saya, asam pedas daging!
pergh MANTAP!
Lepas tuh, kiteorang pergi rumah ateh saya.
Di sana,kami dijamu selera dengan donut buatan achik Yah saya.
Tetiba, nenek (mak ayah) hidangkan ketupat dan rendang ayam. 
Nenek kata," rasa lah,nenek buat sikit jer.siapa yang ada jelah yang dapat rasa."
Rezeki..rezeki...memang penuh lah perut kiteorang malam semalam!
ALHAMDULILAH....



p/s: kalau anda perasan,terutama bagi followers blog ni,blog ni dah berubah wajah dan warna.sumenye PINK! tapi oleh kerana tak nak 'silaukan' mata kalian,saya letak lah font pada setiap post,warna yang lain,selain pink.okay tak? ;)

Wednesday, May 18, 2011

cuti2 di utara tanah air...

Assalammualaikum semua.
Lama sungguh jari jemari saya ni tak menaip untuk mengisi blog kesayangan saya ni
okaylah tak nak pusing-pusing,tak nak berbelit-belit,saya teruskan kepada tajuk utama post kali ni
Hari sabtu yang lepas, 14 May 2011, saya dan keluarga telah pergi bercuti ke utara tanah air.
Tujuan utama percutian kali ini, adalah mengambil sijil SPM adik saya di sebuah sekolah di Alor Star,Kedah pada keesokan harinya.
Kiranya sekolah lama saya dan adik dulu. Saya sempat bertemu dengan 4 orang guru yang pernah mengajar saya masa form 5 dulu di sekolah dan sempat juga mengucapkan selamat hari guru,yang jatuh pada keesokan harinya.. =)
Kami juga sempat menziarah jiran2 di rumah sewa dulu dan sempat juga lihat rumah tersebut. Terasa rindu akan suasana di sana. Ibu dan ayah juga sempat melawat kawan2 lama mereka di  sana.Jadi dalam masa yang sama,saya  juga sempat bertemu dengan kawan baik dan kawan rapat saya di sekolah masa form 5 dulu, aishah dan ashatul. Kami sempat makan di Raddix Fried Chicken (RFC) yang sememangnya hanya ada di Kedah dan Perlis dan juga sempat bergambar. Agak sedih sebab tak dapat jumpa dengan semua kawan2 lama. Yelah, masing2 dah bawa haluan sendiri, dan kebanyakan mereka sambung belajar atau bekerja di negeri lain. Tapi takpelah,mungkin lain kali jumpa mereka. InsyaAllah.....

Petangnya,kami pergi ke Perlis. Makan malam di restoran seafood dekat jeti Kuala Perlis..memang sedap! Esok siangnya, ada bercadang untuk makan pulut cendol yang best di Perlis bersama kawan baik saya, Dalila. Tapi malangnya, atas sebab2 tertentu ianya terpaksa dibatalkan...Takpelah,mungkin tak ada rezeki nak jumpa dan makan cendol di Perlis,jadi Ila,kita jumpa di Selangor nanti ye!  ;) Oh ye, ibu dan ayah tak lepaskan peluang beli mangga,terutamanya harum manis..memang manislah!

Hari Isnin, bertolak ke Pulau Pinang.Sempat makan mee udang di Sungai Dua dan singgah rumah Mak Ngah yang terletak berdekatan. Lepas tuh,balik ke hotel di Bukit Mertajam..
Hari terakhir,iaitu hari Selasa, singgah di rumah Cik Yus dan suami yang terletak di Bayan Baru. Sangat lama tak jumpa dan sedikit terkejut bila dapati dia sudah memiliki tiga orang anak,dua orang lelaki dan seorang perempuan..Dijamu dengan cekodok sardin dan bihun sup buatan Cik Yus sendiri! Selepas itu,kami bergerak pulang ke Selangor...

Selamat Tinggal Perlis,Kedah dan Pulau Pinang, ada rezeki, kami mai lagi!

Thursday, May 5, 2011

Friends,i was enchanted to meet you.

I feel like I'm going away.
away from this usual life.

I'm not running away.
just want to find a new space for myself.
to find something new
to meet something good 
to figure out what things that missing

That is why,I'm not going to say goodbye
because if you really know me
you know how to find me
and if, you need me
you know where on the earth to find me
and deeply in your heart
you know,
you can always count on me
and lend my shoulder.

Friends,
I'm truly sorry for everything..
one thing that I want all of you to know,
I was enchanted to meet you.
May this friendship will never ends....