Assalammualaikum semua.
Lama sungguh jari jemari saya ni tak menaip untuk mengisi blog kesayangan saya ni
okaylah tak nak pusing-pusing,tak nak berbelit-belit,saya teruskan kepada tajuk utama post kali ni
Hari sabtu yang lepas, 14 May 2011, saya dan keluarga telah pergi bercuti ke utara tanah air.
Tujuan utama percutian kali ini, adalah mengambil sijil SPM adik saya di sebuah sekolah di Alor Star,Kedah pada keesokan harinya.
Kiranya sekolah lama saya dan adik dulu. Saya sempat bertemu dengan 4 orang guru yang pernah mengajar saya masa form 5 dulu di sekolah dan sempat juga mengucapkan selamat hari guru,yang jatuh pada keesokan harinya.. =)
Kami juga sempat menziarah jiran2 di rumah sewa dulu dan sempat juga lihat rumah tersebut. Terasa rindu akan suasana di sana. Ibu dan ayah juga sempat melawat kawan2 lama mereka di sana.Jadi dalam masa yang sama,saya juga sempat bertemu dengan kawan baik dan kawan rapat saya di sekolah masa form 5 dulu, aishah dan ashatul. Kami sempat makan di Raddix Fried Chicken (RFC) yang sememangnya hanya ada di Kedah dan Perlis dan juga sempat bergambar. Agak sedih sebab tak dapat jumpa dengan semua kawan2 lama. Yelah, masing2 dah bawa haluan sendiri, dan kebanyakan mereka sambung belajar atau bekerja di negeri lain. Tapi takpelah,mungkin lain kali jumpa mereka. InsyaAllah.....
Petangnya,kami pergi ke Perlis. Makan malam di restoran seafood dekat jeti Kuala Perlis..memang sedap! Esok siangnya, ada bercadang untuk makan pulut cendol yang best di Perlis bersama kawan baik saya, Dalila. Tapi malangnya, atas sebab2 tertentu ianya terpaksa dibatalkan...Takpelah,mungkin tak ada rezeki nak jumpa dan makan cendol di Perlis,jadi Ila,kita jumpa di Selangor nanti ye! ;) Oh ye, ibu dan ayah tak lepaskan peluang beli mangga,terutamanya harum manis..memang manislah!
Hari Isnin, bertolak ke Pulau Pinang.Sempat makan mee udang di Sungai Dua dan singgah rumah Mak Ngah yang terletak berdekatan. Lepas tuh,balik ke hotel di Bukit Mertajam..
Hari terakhir,iaitu hari Selasa, singgah di rumah Cik Yus dan suami yang terletak di Bayan Baru. Sangat lama tak jumpa dan sedikit terkejut bila dapati dia sudah memiliki tiga orang anak,dua orang lelaki dan seorang perempuan..Dijamu dengan cekodok sardin dan bihun sup buatan Cik Yus sendiri! Selepas itu,kami bergerak pulang ke Selangor...
Selamat Tinggal Perlis,Kedah dan Pulau Pinang, ada rezeki, kami mai lagi!
No comments:
Post a Comment