Friday, April 2, 2010

Paku Yang Lekat Di Hati (majalah SOLUSI)

Pada suatu hari seorang ibu menasihati anaknya..
Dia berkata, "Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita."
"Saya tahu itu salah, ibu. Tapi saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga ibu," jawab si anak.
"Tetapi perbuatanmu menyakitkan hati orang, anakku,"kata ibu lagi.
"Saya rasa tidak. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai ibu."
Si ibu berfikir. Apakh cara utk menyedarkan anaknya drpd sifat buruk ini?
"Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.
Tanpa membantah anak itu pun setuju.
"Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!"
"Baik, ibu."

********************
Beberapa bulan berlalu. Mereka sama-sama menghadap dinding tersebut.
"Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?" ujar si anak dengan bangga. "Memang ramai yg telah saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf."
"Betul kamu sudah meminta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu..?"
"Maksud ibu?"
"Cuba kamu lihat dinding ni. Semuanya sudah tebuk, calar dan 'berkematu'. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkana, tetapi kesan perbuatan buruk kamu itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku..."

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?

PENGAJARAN: Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya, menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubat berbanding luka di tangan.

~kepada sesiapa yg membaca blog ini, harap dimaafkan segala dosa-dosa yang pernah diri ini lakukan terhadap kalian. Meskipun ada parut yang tertinggal, hanya kemaafan yg mampu diri ini pinta.....

No comments: