Cinta Pertamaku
terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku..
terima kasih di atas persahabatanmu selama dua tahun.
terima kasih kerana pernah menjadi kawan rapat ku,budak lelaki pertama yang rapat denganku..
terima kasih di atas keprihatinanmu sepanjang persahabatan kita..
terima kasih kerana selalu membantuku dalam pelajaran..
terima kasih kerana telah mengajar aku erti cinta,rindu dan sengsara..
terima kasih di atas perselisihan pendapat mu dengan ku,kerana dari itu telah mengajarku untuk banyak bersabar dan mengawal kemarahanku..
dan sekarang,terima kasih di atas kebencian mu terhadap diriku,walaupun tidak ku tahu kesalahanku...
namun,aku tetap mendoakan yang terbaik untuk dirimu kerana kebaikan mu tetap tidak dapat aku lupakan..
Cinta Keduaku..
terima kasih di atas cintamu..
terima kasih di atas panggilan-panggilanmu dan mesej-mesejmu..
terima kasih kerana sudi menemani menonton "World Cup"walaupun hanya melalui sms..
terima kasih kerana mengejut ku dari tidur untuk bersahur sewaktu di bulan puasa..
sesungguhnya kamu amat baik terhadap diriku,namun aku meminta maaf kerana akulah yang mengakhiri hubungan kita..kerana pada waktu itu aku amat tertekan dengan keadaan di sekelilingku..
dan terima kasih kerana memberiku peluang yang kedua,walaupun hanya sekadar kawan biasa..
aku d0akan kau bahagia dengan dirinya buat selama-lamanya..
kepada dua insan ini,aku bersyukur kerana pernah mengenali diri kalian..kerana melalui kalian,aku banyak belajar tentang dunia lelaki dan tentang cinta..dan semuanya semakin mendewasakan diri ini dan membuatkan aku lebih berhati-hati dalam mencari cinta manusia..
No comments:
Post a Comment