Friday, July 23, 2010

apa yang harus aku lakukan tanpa mereka disisi??

kelmarin(rabu)..malam tuh aku,tia,min,adel dan fati layan lagu2 nasyid yang lama..sambil tuh kiteowg kenang balik zaman muda2 masa sekolah rendah dolo2..terutama masa kiteowg join nasyid dan macam2 lah...

tapi mood yang eppi tuh menjadi sedih apabila tia dan min membuka cerita mengenai kehilangan ayah masing2(ayah mereka telah meninggal dunia)...mereka bercerita mengenai detik2 akhir mereka bersama ayah masing-masing dan juga punca ayah mereka meniggal dunia...tetiba,hati aku jadi sebak..sangat pilu...kerana aku hampir 'kehilangan' ayah,iaitu waktu ayah menjalani pembedahan jantung(bypass)...masa tuh,aku dah rasa separuh diri aku hilang...dalam otak aku waktu tuh,hanya satu...andai ditakdirkan apa-apa berlaku terhadap ayah,aku akan berhenti belajar(ketika tuh aku baru sem 1 dip)dan bekerja untuk memberi laluan kepada adik aku(waktu tuh die form 4)...namun alhamdulilah,ayah aku selamat menjalani pembedahan tuh dan beransur sihat walaupun kadang2 beliau agak sakit2 lagi...dan satu lagi yang menyebabkan aku sedih ialah,masa aku sem 2 dip,time tuh final exam..ibu lak jatuh sakit...dan pengsan serta asyik muntah2..hanya Tuhan saja yang tahu perasaan aku masa tuh...ibu disahkan doktor sakit saraf dan sehingga kini pendengaran ibu sedikit terganggu..kiranya,tak leh mendengar dengan jelas dan kadang2 jalan pun tak imbang dan perlu dipimpin...

lepas mendengar cerita mereka,aku naik ke bilik dan menunaikan solat isyak..usai solat,aku berdoa sambil menangis agar usia ibu dan ayah serta adik dipanjangkan...dan lepas solat,aku menaip mesej kat ibu sambil menangis..mesej tuh berbunyi:
"Along sedih lepas dengar cerita tia dan min lepas ayah masing2 meninggal..along tak taw apa akan jadi ibu atau ayah dah tak ada..along tak kuat..along takut.."
kemudian ibu membalas mesej aku:
"Semua yang hidup akan mati cuma tak tahu bila..untungnya along dan adik dah besar..boleh jaga diri dan tahu beza baik buruk..cuma ibu minta doakan jew untuk kami..bila tiba masanya semua orang akan kuat semangat dan tabah.."

selepas membaca mesej ibu,aku tak reply..aku terus baring dan menangis...yang jelas,malam tuh aku tidur dalam tangisan biarpun telah dipujuk oleh tia dan adel...


"Ya Allah Ya Rabbi,aku mohon kepadaMu agar kau panjangkan lah usia mereka dan pinjamkanlah mereka kepada ku untuk beberapa lama lagi,sehingga aku benar-benar mampu mengharungi pemergian mereka..dan janganlah Kau menguji hambaMu yang lemah ini melebihi dayaku...AMIN..."

kepada min,tia,iza, aina amira dan daia lias...Al-Fatihah untuk ayah kalian..aku kagumi ketabahan kalian meneruskan hidup tanpa seorang insan bergelar ayah disisi...