Saturday, August 14, 2010

sekali lagi kami diuji...

Assalammualaikum semua....
pada minggu lepas, 3 ogos 2010,ayah aku sekali lagi dimasukkan ke hospital disebabkan darah tinggi dan kencing manis naik..aku hanya diberitahu ibu mengenai perkara tersebut pada waktu petang,iaitu sebelum start kls OB...pada masa tu otak aku dah blank..then,bler start kelas,aku dan ila kena present..hanya Allah saja yang tahu perasaan aku time tuh..sampaikan ak jatuh dari kerusi kt dewan kuliah tuh..tapi aku sedar,demi tugas aku sebagai pelajar,aku perlu gak present..dan alhamdulilah presentation tuh berjalan lancar..habis kelas,aku terus kol ateh dan mak teh untuk ambil aku dan bawa aku ke hospital...dan malam tuh,aku sempat ziarah ayah dan jumpa ibu..malam tersebut,aku tidur kat rumah nenek..

selama dua hari aku menjaga ayah di wad...serius aku cakap,jika tak kuat pasti tak leh jaga pesakit kat wad..dengan bau ubat,dengan keadaan yang crowded,dengan bau hamis dan hancing..tapi Alhamdulilah,Allah cekalkan hati aku untuk menjaga ayah di wad...pengalaman menjaga ayah di wad memang tak kan dan tak dapat aku lupakan...di sana,aku jumpa pelbagai telatah manusia yang berlainan agama dan mangsa menghadapi dugaan apabila jatuh sakit,ketabahan kaum keluarga atau rakan yang menjaga pesakit serta punca mereka jatuh sakit..dan kebanyakannya adalah disebabkan sering minum minuman yang bergas sejak usia muda!
tapi yang menyebabkan aku sebak,ada di kalangan pesakit yang kebanyakkannya sudah tua dan uzur tidak diziarahi apatah lagi ditemani ahli keluarga mahupun rakan taulan..baik orang Melayu mahupun kaum lain..aku kesian kan mereka..bagi aku,biar apa pun kesalahan mereka yang mereka pernah buat dulu,anak2 mereka mahupun ahli keluarga mereka sudi-sudikanlah menziarahi mereka di wad..cuba letakkan diri anda di tempat mereka..apa yang ada rasa???tepuk dada,tanya hati...

namun Alhmdulilah,setelah empat hari ditahan di wad,akhirnya ayah aku dibenarkan keluar..khas untuk blog kali ini,ingin aku mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada doktor2 samada doktor pelatih mahupun doktor pakar,staf jururawat dan jururawat praktikal yang merawat ayah aku...jalankanlah tugas anda,sesungguhnya perkhidmatan kalian amat diperlukan..semoga Tuhan membalas jasa kalian kerana keikhlasan kalian merawat pesakit..Amin...

~dan jutaan terima kasih juga kepada jiran2 yang membantu ibu sewaktu ayah pengsan di rumah pada waktu pagi,terutama en.Rizal, en.Md Zin(pak cik Atan) dan semua...
~begitu juga,terima kasih kepada kedua-dua nenek ku,ateh dan pak teh sekeluarga,maksu dan cik bard,pak ndak,ucu am,mak long sekeluarga,mak uda dan semua ahli keluarga dan rakan2 pejabat ayah dan ibu yang sudi menziarahi ayah di wad dan mendoakan kesihatan ayah...
~paling aku takkan aku lupa,terima kasih kepada kawan2 dan sahabat2 ku,terutama anati,sauffi,zera,syeda,dan housemates2 ku,terutama tantiana,eazy,fati,min,ila dan juga classmates ku,una dan aliff..
terima kasih di atas doa, nasihat dan dorongan kalian...terima kasih banyak2...semoga kalian semua dirahmati Allah di dunia mahupun akhirat..Amin....

TERIMA KASIH ALLAH ATAS UJIAN-MU INI..ALHAMDULILAH...
kerana ujian-Mu,kami semakin tabah dan dekat dengan-Mu..mungkin kami hampir terleka dengan duniawi,maka Kau berikan ujian ini kepada kami agar kami kembali dekat kepada-Mu..dan kerana ujian-Mu ini,aku semakin matang dalam menghadapi liku2 hidup ini...



Wasalam...

No comments: