Tuesday, August 31, 2010

minggu yang penuh ngan kepenatan dan kebingungan!

ok.miggu nie memang sangat letih..
letih sebab apa??
sebab kena pindah rumah sewa..
akhirnya semalam kiteowg pindah jugak ke rumah baru..
Alhamdulilah....
bertrip jugak ar hantar barang gne kete aku..
end up nye?kete aku dah berbunyi dengan kuatnya...
nampaknye,cuti nie pakwe ak kena hantar pegi workshop lah gamaknya..
hurm..........
satu lagi hal.duit aku kat atm makin kurang..sebabnya,bayar duit deposit dan duit sewa rumah baru,bil elektrik dan air rumah lama dan juga,duit minyak...
duit aku cair cam air jer...aish..
dah lah aku tak shopping raya lagi..tudung dan kasut tak beli lagi..alamatnye,aku pakai jelah mana yang ada..hurm....

minggu nie gak aku bingung...
bingung sebab pew??
aku dalam dilema sama ada nak lupakan si dia atau tak..
menurut dua orang best frenz ak, aku patut lupakan dia...
sebabnya??xyah lah gtaw kat sini...
kalau boleh,aku pun nak berkawan jew ngan dia..
sebab bagi aku,ikatan persahabatan tuh lagi bertahan lama dari relationship.
tapi masalahnya................................................................................................................
hati aku kata lain,minda aku kata lain..
pe yang patut aku buat???
tolong lah aku! kehadiran dia walau tak lah lama sangat dalam hidup aku dah banyak effect hidup ak..
aku letih lah nak pikir menda alah nie..harap sumenya kembali seperti asal..

ok lah.aku nak sambung study aom dan bel!
Assalammualaikum..

Saturday, August 28, 2010

REVEAL THE TRUTH: NOT HIM!

okaylah.post kali nie aku juz nak betulkan salah faham.orang yang aku suka or should i say the one i started to fall in love with bukanlah si dia yang putih2 tuh..diulang sekali lagi,bukan yang putih2 tuh!

yela,ak ngaku yang aku cam excited plus gedix nak mampus bler nampak mamat tuh,tapi tuh tak bermakna dia orang yang aku tol2 suka..aku just suka tengok muka dia jer..sebab bagi aku,dia ensem.. walapn rmi lagi yang ensem kt kampus nie..hoho

mesti korang curious kan sapelah mamat yang aku tol2 suka..haa nak taw jawapannye??

boleh lah blah! haha..

hanya orang terdekat dan tertentu saja yang taw..spe mereka?lu pikirlah sendiri..haha..

tapi bagi aku,rupa paras tuh tak penting..ensem tu belakang kira..yang penting,orang tuh kena terima aku seadanya sebagaimana aku leh terima dia seadanya..die takkan ubah aku,dan aku takkan ubah die..die terima baik buruk aku sebagaimana aku akan terima baik buruk die.

tuh lah yang penting bagi aku..kriteria lain?adalah..tapi,aku bukan pemilih..asalkan die terima aku,faham aku..cukuplah..tapi,lately aku ada terfikir untuk lupakan die..bukan apa,aku ada tanggungjawab yang sangat berat,sebgai anak pertama dan sebagai cucu pertama sebelah ibu..aku tak nak die turut terbeban dengan tanggungjawab aku nie..so,better aku lupakan die..wlaupn aku tahu sangat sukar..tapi aku terpaksa..aku harap die akan bahagia dengan siapa jua pilihan dia..

ok sampai sini jela..so harap pasni,tak de salah faham lagi ye..

Friday, August 27, 2010

berbuka puasa dan i-city!

ahad minggu lepas..
ak,eazy,fati,min,ila dan prue serta alif dan housematesnye,walid,wan dan faiz telah berbuka puasa di hotel De Palma Inn..
sumenye dirancang oleh eazy..die lah yg handle bab2 hotel nie..
then,lepas dah kenyang..kiteorang pown bergambar lah kat hotel tuh..
lepas tuh lak kiteowg singgah i-city memandangkan aliff dan housematesnye xpenah g sne lg..
spt bese,kiteowg bergambar kt sne..kt cini ak paparkn ye aksi2 kteowg utk tatapn kowg sume..

berbuka puasa..


fati,ila,prue,eazy,min and me.

wan,faiz,walid and alif.


me with aliff(driver that night).







i-city



Saturday, August 21, 2010

New English Songs That I Like!

post kali nie ak nak share lagu2 inggeris yang aku slalu dengar kat radio setiap kali drive nak g kelas ke ke mana kew.. so enjoy
1.Orianthi-According to you

2. Orianthi-Shut up and kiss me!

3. Orianthi-Bad News

4. Shantelle-Impossible

5. Eminem-Love the way you lie

6. B.O.B-Airplanes

7. Train-Hey Soul Sister

Sunday, August 15, 2010

RAMADHAN....

Alhamdullilah..Allah telah memanjangkan usiaku untuk dapat menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadhan pada kali ini..masuk hari ini,(ahad 15 Aug)da lima hari aku dapat menjalani ibadah puasa..Doa dan harapan aku,agar aku dapat berpuasa penuh pada tahun ini seperti beberapa tahun yang lepas...Aku gembira sangat apabila nak masuk bulan Ramadhan sebab bulan nie merupakan bulan aku dilahirkan dalam kalendar Islam..aku dilahirkan pada 21Ramadhan...sepatutnya aku dilahirkan lambat lagi tapi mungkin Allah mahu menjadikan aku sebagai hambanya-Nya yang terpilih untuk dilahirkan pada bulan yang penuh rahmat nie..dan aku benar-benar bersyukur..

Setiap kali Ramadhan tiba,hati aku pasti akan tersentuh dan sayu terutama lagi apabila mengenangkan ada antara ahli keluarga aku dijemput Illahi untuk kembali kepada-Nya dalam bulan mulia nie..dan mengikut kata orang,bulan kita dilahirkan dalam bulan Islam merupakan bulan kematian kita..benarkah begitu???semoga aku juga dijemput Illahi dalam bulan yang penuh rahmat nie dan aku juga sayu kerana pada Ramadhan dua tahun lepas,ayah aku telah menjalani pembedahan jantung dan masih aku ingat lagi peristiwa yang berlaku pada Ramadhan pada tahun tersebut..

Tahun nie,merupakan kali pertama aku menyambut Ramadhan dan menjalani ibadah puasa di kampus baru...namun,kenangan berpuasa di kampus lama selama dua tahun tetap akan menjadi kenangan yang tak kan aku lupakan..dan seronoknya kali ini,aku dapat bersahur dan berbuka dengan family aku pada hujung minggu memandangkan jarak rumah yang tak lah jauh sangat dari kampus dan rumah sewa...

kepada kamu semua yang membaca blog nie,terlebih dahulu aku memohon maaf andai ada salah dan silap yang telah aku lakukan kepada kalian sama ada secara sengaja atau tidak..bersama-samalah kita tingkatkan amalan ibadah pada bulan mulia ini dan semoga ibadah kita pada bulan ini diterima Allah dan semoga doa kita diangkat dan didengar Allah....Amin......

Saturday, August 14, 2010

sekali lagi kami diuji...

Assalammualaikum semua....
pada minggu lepas, 3 ogos 2010,ayah aku sekali lagi dimasukkan ke hospital disebabkan darah tinggi dan kencing manis naik..aku hanya diberitahu ibu mengenai perkara tersebut pada waktu petang,iaitu sebelum start kls OB...pada masa tu otak aku dah blank..then,bler start kelas,aku dan ila kena present..hanya Allah saja yang tahu perasaan aku time tuh..sampaikan ak jatuh dari kerusi kt dewan kuliah tuh..tapi aku sedar,demi tugas aku sebagai pelajar,aku perlu gak present..dan alhamdulilah presentation tuh berjalan lancar..habis kelas,aku terus kol ateh dan mak teh untuk ambil aku dan bawa aku ke hospital...dan malam tuh,aku sempat ziarah ayah dan jumpa ibu..malam tersebut,aku tidur kat rumah nenek..

selama dua hari aku menjaga ayah di wad...serius aku cakap,jika tak kuat pasti tak leh jaga pesakit kat wad..dengan bau ubat,dengan keadaan yang crowded,dengan bau hamis dan hancing..tapi Alhamdulilah,Allah cekalkan hati aku untuk menjaga ayah di wad...pengalaman menjaga ayah di wad memang tak kan dan tak dapat aku lupakan...di sana,aku jumpa pelbagai telatah manusia yang berlainan agama dan mangsa menghadapi dugaan apabila jatuh sakit,ketabahan kaum keluarga atau rakan yang menjaga pesakit serta punca mereka jatuh sakit..dan kebanyakannya adalah disebabkan sering minum minuman yang bergas sejak usia muda!
tapi yang menyebabkan aku sebak,ada di kalangan pesakit yang kebanyakkannya sudah tua dan uzur tidak diziarahi apatah lagi ditemani ahli keluarga mahupun rakan taulan..baik orang Melayu mahupun kaum lain..aku kesian kan mereka..bagi aku,biar apa pun kesalahan mereka yang mereka pernah buat dulu,anak2 mereka mahupun ahli keluarga mereka sudi-sudikanlah menziarahi mereka di wad..cuba letakkan diri anda di tempat mereka..apa yang ada rasa???tepuk dada,tanya hati...

namun Alhmdulilah,setelah empat hari ditahan di wad,akhirnya ayah aku dibenarkan keluar..khas untuk blog kali ini,ingin aku mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada doktor2 samada doktor pelatih mahupun doktor pakar,staf jururawat dan jururawat praktikal yang merawat ayah aku...jalankanlah tugas anda,sesungguhnya perkhidmatan kalian amat diperlukan..semoga Tuhan membalas jasa kalian kerana keikhlasan kalian merawat pesakit..Amin...

~dan jutaan terima kasih juga kepada jiran2 yang membantu ibu sewaktu ayah pengsan di rumah pada waktu pagi,terutama en.Rizal, en.Md Zin(pak cik Atan) dan semua...
~begitu juga,terima kasih kepada kedua-dua nenek ku,ateh dan pak teh sekeluarga,maksu dan cik bard,pak ndak,ucu am,mak long sekeluarga,mak uda dan semua ahli keluarga dan rakan2 pejabat ayah dan ibu yang sudi menziarahi ayah di wad dan mendoakan kesihatan ayah...
~paling aku takkan aku lupa,terima kasih kepada kawan2 dan sahabat2 ku,terutama anati,sauffi,zera,syeda,dan housemates2 ku,terutama tantiana,eazy,fati,min,ila dan juga classmates ku,una dan aliff..
terima kasih di atas doa, nasihat dan dorongan kalian...terima kasih banyak2...semoga kalian semua dirahmati Allah di dunia mahupun akhirat..Amin....

TERIMA KASIH ALLAH ATAS UJIAN-MU INI..ALHAMDULILAH...
kerana ujian-Mu,kami semakin tabah dan dekat dengan-Mu..mungkin kami hampir terleka dengan duniawi,maka Kau berikan ujian ini kepada kami agar kami kembali dekat kepada-Mu..dan kerana ujian-Mu ini,aku semakin matang dalam menghadapi liku2 hidup ini...



Wasalam...