Cuti study leave nie aku dah belajar banyak perkara.Sudah tentu bukan berkaitan akademik, tetapi ilmu tentang hidup..Walaupun ianya hal kecil, tapi bagi aku ianya cukup bermakna..Sepanjang cuti nie, aku banyak belajar mengenai kepentingan ikatan kekeluargaan..Biar apa pun yang dah berlaku, keluarga jua lah yang akan setia membantu, terutama ibu ayah dan adik beradik,selagi makna ikatan kekeluargaan itu dihayati..Ibu ayah lah insan yang tak pernah jemu untuk menyokong cita-cita anak2nya,sanggup mengambil cuti dan menghantar anak ke destinasi semata-mata untuk merealisasikan impian anak-anaknya..doa dan restu mereka sentiasa ada di setiap langkah anak-anaknya...
Aku juga belajar bahawa biar tak sesedap mana pun masakan anaknya,iaitu aku..mereka tak pernah komplain..hanya sedikit teguran diberi dengan cara mereka tersendiri..dan baru kini aku rasa sangat gembira pabila dapat menyediakan makanan untuk ibu dan ayah biarpun ianya hanyalah sekadar nasi goreng,sambal sardin dan juga jemput-jemput!ini menguatkan azam aku untuk terus belajar memasak demi mereka!
Malam semalam, aku belajar cara-cara menjahit daripada ayah tercinta..biarpun hanyalah asas, tapi aku sangat puas hati..akhirnya, dua helai seluar yang koyak dapat juga dijahit oleh aku, hasil tunjuk ajar ayah!
Aku sangat bangga dengan ayah, sebab beliau bukan saja mahir dalam bab kereta dan bertukang, tapi juga mahir dalam keja2 yang biasanya didominasi wanita seperti memasak, menjahit dan juga menggubah bunga!Ayah juga seorang yang berdarah seni sebab beliau pandai bermain alat muzik seperti gitar, keyboard dan lain2..beliau juga mahir dalam lukisan,malah plan rumah kami untuk direnovate juga dilukis oleh ayah! selain itu, ayah juga mahir dalam pengiraan, bahasa Inggeris dan mudah berkomunikasi dengan sesiapa saja..tapi,entah kenapa aku tak warisi bakat dan kebolehan ayah..hanya adik aku jer yang mewarisi, tapi tak semua..Kata ayah, bukan aku tak mewarisi bakatnya, tapi mungkin aku yang tak mengasah bakat dan kemahiran tersebut..PRACTICES MAKE PERFECT!
mungkin ayah ingin memujuk atau mungkin itu kenyataannya..bukan ingin meninggi diri, tetapi dulu aku pernah melukis sebuah potret dan hasilnya dipuji guru seni,tapi sungguh lukisan itu mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan! tapi menurut guru dan rakan2,mungkin aku tak punya kemahiran seni seperti ayah, tapi aku punya kemahiran seni melalui cara yang lain seperti mencipta puisi,agak mudah memahami dan menghayati bahasa sastera dan juga menulis novel!MENULIS NOVEL? hurm..dah lama aku tinggalkan hobi nie,sejak masuk alam universiti nie!
No comments:
Post a Comment