Thursday, December 30, 2010

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010!

Tajuk hangat malam tadi yang akan terus diperkatakan sampai bila-bila dan akan terpahat dalam lipatan sejarah sukan Malaysia. Satu lagi kejayaan dilakar sebelum tahun 2010 melabuhkan tirai. Setelah sekian lama Malaysia kemarau piala AFF Suzuki, akhirnya terbalas juga malam tadi dengan kejayaan skuad Harimau Malaya di bawah bimbingan Rajagobal..ALHAMDULILAH..Syabas kepada semua pemain dan juga jurulatih! Terima kasih kerana menghadiahkan satu lagi kejayaan kepada Malaysia dan merealisasikan impian rakyat Malaysia! Harapnya, selepas ini skuad Harimau Malaya akan terus maju dalam sukan bola sepak hingga ke arena antarabangsa! Pujian harus diberikan kepada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi dan juga Safee Sali yang juga merupakan penjaring gol terbanyak piala AFF Suzuki 2010! Anda semua adalah wira negara!
biarpun masih muda,tapi MANTAP dan HEBAT!

jurulatih yang punya strategi yang TERBAEK dan COOL!