yang pengantin lelaki ini adalah rakan sekelas aku masa tingkatan 5 di alor star. nama die irridhus salihin dan pasangannya,mimi norjamilah yahya juga merupakan pelajar di sekolah kami dan sebaya.setahu aku, dorang memang bercinta dah waktu sekolah tapi tak taw sejak bila sebab aku baru pindah ke skolah tuh time tuh. so, tak ambil pusing lah pasal orang lain.huhu..selamat pengantin baru ye irid! maaf tak dapat datang ke majlis akad nikah kalian pada jun lalu dan juga majlis persandingan kalian pada november lalu..jauh sangat lah!
yang nie pulak wedding 'kembar aku'! huhu..kteowg lahir pada tarikh yang sama..so leh dikira sebagai kembar gak kan?huhu..nama die siti aisyah. husband die? nama hubby die, mustaqim...(tgk dr fb die)haha.. so, wedding die nie,( 30 Oct lepas) aku datang...dengan ditemani ibu dan ayah..tapi nie bukan gambar yang di ambil dari phone aku k. gambar nie aku 'curik' dari fb aishah nie.huhu...so, kteowg kenal masa tuisyen waktu kteowg form 3..kteowg leh gak ar kamceng pas taw kteowg share trkh bufday yang sama..pe org kate? ada 'chemistry'..hahaha...so, setahu aku, die start bercinta dengan husband die since form 4..
haa....yang nie kad kahwin kawan aku, farhana aqilla...masa kteowg reunion ari tuh ( reunion skkp), die dah gtaw dah pasal hal nie. krenya, awl2 lagi die dah jemput kteowg sume..kad nie lak aku baru dapat ari sabtu lepas. so majlisye akan berlangsung pada 2 Jan 2011 nie..rumah die terletak tak jauh dari umah aku. krenye, satu taman perumahan. tapi yang tak bestnye, mungkin aku tak dapat pergi...kerana apa? kerana aku perlu ikut hantar adik aku balik ke kuala pilah pada hari sabtunya dan balik ke sini pada pagi ahad.dan kemudian, harus mengemas barang2 aku sebelum kembali semula ke puncak alam untuk meneruskan semester ke empat kami untuk degree nie dengan memandu sendiri atau ditemani cik eazy pada hari yang sama..so pape pun, aku nak wish kat sini, 'Selamat Pengantin Baru Farhana dan suami! '
oh ye. ada gak a few of my friend yang dah bergelar tunangan orang....so harapnye, hubungan korang kekal hingga ke jinjang pelamin! dan kepada yang dah bergelar suami or isteri orang, selamat menjalin kehidupan baru dan semoga perkahwinan yang dibina kekal ke akhir hayat! Amin....
tu sajelah yang aku nak share.jumpa lagi lain kali..Assalammualaikum...(+_*)
No comments:
Post a Comment