Saturday, February 19, 2011

A piece of photo. -'_-

Assalammualaikum readers.
  Dah lama dah tak update blog nie,since saya dah busy dengan assignment dan kuiz (i told you before this).
Entry kali nie, saya hanya mahu mohon maaf kepada kekasih2 kawan2 saya atau mana2 individu yang saya pernah mengambil gambar bersama pasangan mereka (bf mereka) secara berdua dan gambar itu telah di upload sama ada dalam fesbuk ataupun blog kesayangan saya nie andai mereka terasa hati dan sebagainya dengan gambar tersebut.
 Ingin saya tegaskan, saya tiada hatta sekecil kuman pun untuk merosakkan hubungan mereka.
Tujuan bergambar itu hanyalah sekadar suka2 dan di atas dasar kawan. TAK LEBIH. NOKTAH.
Bukan apa, ekoran daripada insiden beberapa kawan perempuan saya yang pernah dihambur oleh kekasih kawan2 lelaki kami ekoran gambar berdua-duaan,jadi sebelum saya pun turut diheret,ingin saya jelaskan situasi sebenar di sini,
Itupun kalau mereka membaca blog ini.
 Kebanyakan daripada mereka adalah kawan baik saya dari tadika dan sekolah rendah.
 Malah ada antara mereka merupakan kawan sepermainan sebelum zaman tadika lagi!
 Jujur, saya LANGSUNG TIADA perasaan apa2 terhadap mereka. 
Saya hanya anggap mereka sebagai kawan,dan ada beberapa antara mereka merupakan kawan baik saya. ITU SAJA. 
Selepas ini,saya berjanji dengan diri saya untuk tidak mengambil gambar berdua-duaan dengan mana2 lelaki kecuali jika mereka ada pertalian persaudaraan dengan saya. 
Cuma satu saya pinta, kepada kawan2 laki saya di luar sana, silalah jangan rahsiakan status anda jika tak nak hubungan anda dan pasangan porak peranda. 

A piece of photo might be mistaken by some people because each person holds different perception.
REMEMBER THAT!

No comments: