Monday, February 28, 2011

Review Modul 7 (Feb 2011)

Terima kasih kepada KI yang berlangsung selama dua hari yang lepas, banyak aku dapat pelajari. 
Mengenai hidup,negara dan sebagainya.
Aku dah sedar yang CINTA itu hanya ada pada ALLAH. 
cinta yang selama ini dilaungkan oleh kita, manusia ini, sebenarnya hanyalah KASIH SAYANG. 
ini  bermakna seluruh hidup dan mati kita hanyalah untuk Allah. jadi, tak perlu lah kita terlalu sayang kan seseorang tuh melebihi cinta kita terhadap Allah s.w.t. sebab kita ini hanyalah pinjaman dariNya.
malah perasaan sayang itu pun adalah pinjaman dari Allah. sebab tulah ramai yang kata, kasih manusia sering berubah dan tiada abadi. 
Tapi kasih sayang Allah, syurga adalah janjiNya yang pasti. 
Janganlah kita biarkan Alllah cemburu akan kita, bermakna, kita terlalu sayangkan hambaNya,melebihi Cinta kita terhadapNya. 
Sebaliknya, sayangilah sesama kita kerana CINTA kita terhadap ALLAH s.w.t.
Aku juga pelajari yang tidak semestinya, kita akan jadi sama seperti apa yang kita hari ini. 
Tak semestinya kita akan hidup bersama dengan pasangan kita hari ini untuk sepuluh tahun akan datang, tidak semestinya kita akan berjaya seperti hari ini dan jika hari ini kita tersungkur tak semestinya kita akan kekal jatuh untuk sepuluh tahun akan datang. 
Diri kita pada sepuluh tahun akan datang lah yang akan menentukan siapa kita yang sebenarnya, siapa yang sebenarnya akan bersama dengan kita dan sebagainya. 
Jadi, dari sekarang kitalah yang bertanggungjawab untuk memastikan masa depan kita, kemudian serahkan takdir hidup kita kepada Allah kerana sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa dalam menentukan hidup kita sama ada di dunia, mahupun di akhirat.

No comments: